Wednesday, February 8, 2012

staff bergadoh ngn customer at KFC i-City shah alam!



haa dah tgk video atas ni? before aku mula kan post aku .. aku nak share statement yg ditulis dari tuan kpd video ni

(KFC worker fight with customer in I-City...the customer were waited for more than 1 hour but when comes to his turn, there is NO MORE fried chicken for him... the customer request the management to apologize but the useless Store Manager doing nothing instead the worker shouted at customer - "kalau mau makan, buat sendiri lah BABI.." ) 

ok thats the first statement.... statement kedua plak dtg dari customer juga ada kt sane bace bwh ni ..

‎"I was there..and yes..we wait for 1 hour..yes the service is slow..because tak cukup staff..and orang pun sangat ramai...kebanyakkan staff dah penat..non stop working..actually ayam tu bukan dah abis..masih tgh masak and that chinese guy dont want to wait again..and start maki2...then keluar...mybe tak puas hati dia masuk balik..and shouting at KFC workers and start maki2 again....
COPIED FROM lowa123456.. LIKE THIS SO THAT OTHERS ARE NOT BLINDED BY THIS INCOMPLETE VIDEO..."

orait da bace statement2 atas ni? haaa so just want to be clear laa kan x mo ade yg igt aku sokong ni aku sokong tu.... cume bg pendapat aku after da tgk video ni kan

aku dlu penah juga keje ngn fast-food... bhgian customer service... if keje bahagian customer service first thing ko akan taw bhwa ko akan hadap dgn customer yg mcm2 karenah, yg asek demand x henti2, customer yg angry bird! dan macam2 pe'el lagi yg same waktu dgn nya..

so if kau da tahu ko akan hadapi semua tu..... ape yg patot kau buat bile keje sbg customer service?  sifat SABAR tu kne tinggi sampai langit ke-7 .. itu yang paling penting sekali bila kau da amek jawatan dalam customer service!

because why? dalam perniagaan selalu remind staff die bahawa "the customer is always right"

so dlm hal ni kalau aku bace statement yg pertama tu aku nak highlight sket je  "the customer were waited for more than 1 hour but when comes to his turn, there is NO MORE fried chicken for him... the customer request the management to apologize but the useless Store Manager doing nothing "

bagi aku la kan si store manager tu kalau nak cool down kan keadaan die kne la mintak maaf and atleast ganti balek dgn menu lain spaye customer tu rase puas aty and x kan complain lagi btol x? haaa tapi die wt dunnow, and tak buat ape2 .... then anak2 buah die marah sampai angkat kasi lepuk customer ..... patutkah bnde tu berlaku? msti la tidak....

standad la kalau da balas ngn mulut  kt staff yg penat keje, cnfrm staff akan marah naek baran... aku pon cmtu gk baran tu msti akan datang ... tp x perlu laa kau g pukul customer tu....  kawal la kesabaran kalau nak kerja bahagian cutomer servis ok bro?

orait statement seterus nya .... aku pon copy dari fb kfc malaysia..... statement ni dtg dari salah sorg customer yg ada time situasi tu berlaku meh kite bace balek

‎"I was there..and yes..we wait for 1 hour..yes the service is slow..because tak cukup staff..and orang pun sangat ramai...kebanyakkan staff dah penat..non stop working..actually ayam tu bukan dah abis..masih tgh masak and that chinese guy dont want to wait again..and start maki2...then keluar...mybe tak puas hati dia masuk balik..and shouting at KFC workers and start maki2 again....

ok dlm statement ni plak ape yg aku na highlight kan kate nye ayam still ada , cume tgh masak ... and the chinese guy x leh nak tggu die nye turn sbb lame sgt kan .... dah x leh tahan tggu die g maki2 staff kfc tu, then staff tu mule attack balek ...

bg aku la kan dalam statement ni plak, customer tu x leh la wt cmtu kan..... x psl2 nak maki kan?? padahal ayam ade lagi haiyaaa, manager time ni kne la maen peranan spaye keadaan dpt terkawal ... ni tak  , manager pon x men peranan die... bile staff customer service kne cmtu dorg maki balek and serang customer yg degil ni....

tak kire la mcm mane skalipun situasi cmni berlaku kt fast food mane2, bagi aku staff2 x perlu maki balek and pukul customer.... kne igt sbb korg kje bhgian customer service, and like i said korang akan tempuhi macam2 perangai customer. so better just duk diam and jalankan tugas korang cm biasa, hiraukan customer mcm tu , bile ada customer cmtu dtg lg panggil manager or salah sorg drpd staff korg spaye dapat kawal keadaan agar jd tenang...* maybe aku ckp sng tp aku ckp ni pon sbb  aku penah keje ngn customer servis  dkt salah satu fast food in shah alam juga ok! :)

so dlm post aku ni, wallahualam x tahu mana satu cite sebenar tapi aku just tulis berdasarkan ngn statement2 yg telah diberikan....
and its my opinion to share with all of you .... tak salah kan nak share opinion? hehe

so to all staff of customer service kene igt "Customer is always right" .. dah tahu jawatan tu  pangkat customer service korang kne ade satu weapon yg paling ohsem and that is  KESABARAN YANG TINGGI ....... kpd customer pula kalau x puas aty bole bwk bicara dgn elok2 x perlu marah2 ok?  gentle laa kalau buat cara baek, bnde akan setel baek punya lah ok?...


sekian dari saya
 ManMan





Tuesday, February 7, 2012

Nikah ikut cara islam atau cara melayu ?

aku bru terjumpe article ni dkt FB sambil2 tgh usha status update.... article ni seriously menarik! ....

sbb ni pasal NIKAH haa... aku suke bab2 ni sbnrnye sbb zaman skg org Melayu kite demand tinggi2 saje dari belasan ribu hinggalah ke puluh2 ribu , semata2 nak nikah nye psl? tak rase beban plak disitu? haa so kalau na tahu beza beban dan x beban dalam dunia pernikahan, meh bace article ni


ni contoh bajet org melayu skg nak kahwin
................................................................................................................................................................
KAHWIN CARA MELAYU ATAU KAHWIN CARA ISLAM?

Apa yang ingin dikongsikan adalah sebuah artikel yang menarik tentang perkahwinan muda mudi. 

Ini adalah kisah seorang gadis yang berfikir di luar konteks minda masyarakat Melayu sekarang. SYABAS buat gadis tersebut dan suaminya!!!

Ia menceritakan bagaimana seorang pelajar perempuan tahun akhir di sebuah universiti yang hampir membunuh diri kerana tertekan setelah ditinggalkan kekasihnya. 

Kemudian beliau mengubah kehidupannya serta-merta menjadikan beliau gadis yang paling bahagia di bumi Allah ini dengan perkahwinan di usia awal.

Mungkin berguna sebagai motivasi diri di kala sunyi dan dibuat sebagai IBRAH bersama.

BACALAH!

**********************************************
Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. 

Jadi, mengapa berkahwin? 

Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?” 

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin. 

Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. 

Kecewa…? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. 

Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. 

Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. 

Pada mulanya, saya ingat satu gurauan.

Akhirnya si dia berani menghubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi. 

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.

Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian.

Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. 

Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.

Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. 

Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? 

Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. 

Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. 

Tapi cuba fikir, perlu tidak? 

Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.

Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? 

Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. 

Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang. 

Bagaimana pula hukumnya mempamerkan diri (bab aurat dan sebagainya) di hadapan khalayak ramai tatkala bersanding? 

Fikir2kan lah sendiri...

“Seganlah. Nanti orang kata apa.”

“Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.”

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. 

Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. 

Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. 

Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? 

Harga lampin pakai buang? 

Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? 

Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. 

Pening!! 

Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. 

Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. 

Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. 

Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. 

Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. 

Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. 

Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. 

Buat apa menyusahkan suami? 

Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. 

Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. 

Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. 

Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. 

Berkahwinlah! 

Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN.” (Surah Ar-Rum, 21)

***************************************************************************

Betul tak apa yang dia kata tu? 

Perkahwinan hanya sekali sahaja sedangkan kehidupan selepas perkahwinan itu sehingga akhir hayat. 


diambil dari : sini

Friday, February 3, 2012

ehem ehem

sekian lama aku mendiam, hehe bkn ape cume da malas sgt na update2 cm sbelum ni kan

so aku update ni pon skadar ala kadar je.... anyway kire new post ni post utk membuka tirai la untuk tahun 2012

this is my final year for studying Diploma in Journalism, hari tu da daftar 5 subjek untuk sem ni, so tinggal lagi 1 sbjek and 1 masscom project and my final project (practikal la) ...so anyways

im hoping for the best in this new year.... harap2 dapat buat yg terbaik... so thats it la okbyeeee