Saturday, July 30, 2011

tergerak hati nak buat cover!

td duk syok men lagu *kalau berpacaran* ! haaaa sudah tentu anda semua tahu lagu ape tu kan? hehehe well chord guitar pon aku dah taw, dah master da lagu nye, cume aku menunggu bapak aku balek utk bagi camera utk aku record! heh x saba kot pffftttttt  so papepun meh enjoy lagu nih


Wednesday, July 27, 2011

Semua 85,000 tiket perlawanan Malaysia-Singapura habis

PUTRAJAYA: Semua 85,000 tiket yang disediakan untuk perlawanan timbal balik pusingan kedua kelayakan Piala Dunia antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam esok, habis dijual, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, hari ini. 

Beliau berkata, penjualan tiket yang menggalakkan dan di luar jangkaan itu membuktikan sokongan padu rakyat Malaysia terhadap pasukan bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya tetap kukuh.
"Petang ini semua 85,000 tiket sudah habis dijual yang membuktikan rakyat Malaysia sememangnya yakin dengan pasukan kebangsaan.


"Saya menyeru semua penyokong datang memberi sokongan padu sehingga kita menang saingan ini," katanya kepada Bernama ketika ditemui dalam tren KLIA Transit dalam perjalanan ke KL Sentral bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, serta anggota Kabinet yang lain bagi kempen kibar Jalur Gemilang. 

Sebanyak 60,000 tiket dibeli pada hari pertama tiket perlawanan itu dijual semalam. 

Malaysia kalah 3-5 pada perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar di republik itu, Sabtu lalu. - BERNAMA 

Tuesday, July 26, 2011

Syiling terbaru lebih selamat




BANK Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan siri ketiga syiling Malaysia yang akan berada dalam edaran mulai awal tahun depan bagi dominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen menggantikan duit syiling sedia ada yang diperkenalkan sejak 20 tahun lalu.
Gabenornya, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata, dengan motif dan reka bentuk coraknya memaparkan keindahan flora, fauna dan seni kraftangan tradisional yang terdapat di negara ini. “Syiling baru ini lebih ringan dan kecil serta dilengkapi ciri keselamatan bagi mengelakkan pemalsuan.

“Bagi syiling 10 sen dan 5 sen ia berwarna perak manakala 20 sen dan 50 sen berwarna emas yang mempunyai sisi berbeza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan jenisnya. “Logam baru yang digunakan untuk membuat syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama iaitu keluli tahan karat serta nikel loyang bersalut kuprum. “Ia akan berada dalam edaran bersama dengan siri sedia ada sebelum dikeluarkan secara beransur-ansur,” katanya pada sidang media di Bank Negara, semalam.
Motif dominasi 5 sen ialah sulur kacang, 10 sen (bunga melur) dan 20 sen (anyaman orang asli) memaparkan 14 titik melambangkan tiga 13 negeri serta satu Wilayah Persekutuan dan motif duit syiling 50 sen (kain tenunan destar sigar) mempunyai lima garis mendatar melambangkan lima prinsip rukun negara.

Bahagian belakangnya memaparkan motif yang sama iaitu bunga raya dan angka yang menunjukkan tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan Bank Negara Malaysia sebagai pihak berkuasa mengeluarkan duit syiling.

Zeti berkata, Bank Negara akan bekerjasama rapat dengan institusi kewangan, perniagaan dan vendor yang mengendalikan wang tunai untuk memastikan peralihan syiling itu lancar.
“Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai ini akan diberikan tempoh enam bulan untuk mengubah suai mesin mereka bagi memudahkan penggunaan syiling baru.

“Bank Negara juga akan mengeluarkan Siri Keempat wang kertas baru pada September ini,” katanya.

Set syiling peringatan (Brilliant Uncirculated) sebanyak 500,000 akan dikeluarkan secara berperingkat dan akan dijual pada harga RM10 bagi setiap set di ibu pejabat BNM dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.

Sumber : Harian Metro

Ramadhan bakal tiba, adakah anda teruja?

mari kita saksikan video ciptaan  Aiman Azlan dan Anwar hadi !


Denda RM3,000 ponteng puasa

KUANTAN - Umat Islam yang ditangkap oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) atas kesalahan tidak berpuasa pada Ramadan ini boleh dituduh hina Islam dan bakal berhadapan dengan hukuman lebih berat. Ketua Bahagian Penguat Kuasa JAIP, Raffli Abdul Malek berkata, mengikut kesalahan di bawah Seksyen 170 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, mereka yang ditangkap kerana tidak berpuasa boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali kerana menghina Islam.
Katanya, hukuman melalui Seksyen 137 dan Seksyen 170 terhadap kaki ponteng puasa itu perlu untuk memastikan kesalahan tersebut tidak dilakukan sesuka hati kerana ia mencemar maruah kesucian Islam. "Tindakan lebih berat berbanding sebelum ini turut dikenakan terhadap peniaga yang menjual makanan kepada mereka yang tidak puasa," katanya di sini semalam. Tambah beliau, sebelum ini orang Islam yang disabit kesalahan tidak berpuasa Ramadan didenda maksimum RM500 atau tiga bulan penjara atau kedua-duanya sekali, manakala penjual makanan pula berdepan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-dua mengikut Seksyen 137 enakmen sama.

Sumber : Kosmo! online

Monday, July 25, 2011

tak jadi pulakkkk

hurm post sebelum ni aku ade mention about nak join program SCHOOL OF HOSTING kan? ..... well program tu terpaksa dibatalkan buat sementara waktu atas sebab2 yg korg x perlu tahu .....

nak kate kecewa, x jugak, nak kate punah harapan, x jugak ...... aku rase x de pape owh, mgkn sbb aku x letak harapan tggi about this program ..... tp tu la kan mne tahu x de rezki, sabo je laa


haihhhh

Sunday, July 24, 2011

Hello Sunday!

Today I dont feel like doing anything *aikk cam kenal jah lirik tuh? haaa
                                                                       siTOMOT yg malasss


well korang tahu la kan asl hari sabtu and ahad je msti x taw nak wt ape, nak keluar pon duit x de, nak lepak pon duit x de, semua nya DUIT!  ..... haihhh bosan bosan pluss MALASSSS AND MENGANTOKK JEE!

so aku just duk umah je la hari ni ...... hurmmm x contact awek ke? owhh tidak, kami buat agreement tak contact on saturday and sunday only! haaa ...... agak pelik kan? tapi untuk kebaikan kami jugak bile fikir2 balek ......  dah tiap2 hari asek jumpe kt kolej, sabtu and ahad lek luuuu ....... kasi rindu lebih sket kan? nt isnin jumpe la balek insyallah, time tu lepas kan lahhh segala rindu2 pffttttt!! :P

tgk tu, dah cite psl awek aku plak kan ... hehe anyway .... assignment ade belambak lagi nak setel ..... and guess what? minggu ni aku ade join program SCHOOL OF HOSTING ..... program ni under TV3 ..... so stay tuned for my next post ok korg? i will tell all the details on my next post!

daaa <3

Mari Berdansa Aidilfitri

hey semua! ....  hari selasa 19julai haritu kan aku pergi astro kan? .... well actually aku g rancangan Mari Berdansa Aidilfitri ....

well, sepatutnya aku kena update sehari lepass tu kan..... well x kan aku na update tanpa gambar2 rite? hehe so nahhh korang tgk laa gmbr2 time aku kt sane  ... enjoy! :D

                                                                   aku ngn zul
                                                    ika , inn, kikie, aku , zul


                                                                    my classmate
                                                          semua ni student journalism.... senior and junior okeyh!
                                                  untung la dpt bergambar ngn lisa kan! haha
                                                         dgn inn lagi... haha kawan okey

                                                                     da balekk ngantok =.=

Saturday, July 23, 2011

I love you Nur Aliah Amirah

Sayang kamu la! <3

Air Tangan Orang Tak Solat


assalamualaikum para2 bloggers and readers sekalian.... Post kali ni aku nak share korang pasal bab Solat nih .... haa ....  actually aku copy article ni dari laman web IluvIslam.com ....  ni cuma nak buat renungan utk kita semua sbg umat islam .... so ayuh bace !

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar, malahan orang yang tidak solat lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.
Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.
Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. 
Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.
Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan?
Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati- hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum".  Maksudnya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.."
Wallahualam

Tuesday, July 19, 2011

Astro!


Morning semua , tengahari nt aku g studio astro , smate2 jd audience untuk mari menari punye show je ..

shooting for today bertemakan hari raya , so semua kene berpakaian seolah2 tgh beraya sakan lahh ... hehee..... so sape2 kwn2 aku yg pegi jumpa anda disana ok? byee byeee :)

Monday, July 18, 2011

Critical and Creative thinking !



ape yg aku tulis kat atas tuu ^^  ... actly that is one of the sbjk yg aku amek sem ni .... so asignment yg terkini dia bagi , lect tu die nak ktorg cari bahan2 recycle material then turn it to something NEW AND CREATIVE!

this might sound like keje skolah punye assignment ,... yes i agree . Tp skg bukan zaman skola rendah/menengah dah ... lect aku nak ktorg wt bnde yg betul2 creative la!... aishh ntah laa aku x taw na guna bahan apa .... u guys any idea? da la sbjk ni kene banyak memikir! ... kene banyak perahkan idea2 dr otak .... kalau tak mmg x creative la drr .. pfffttt

cantik tak? cantik tak?

errr, aku bru je lepas design2 tuka2 ejas2 sket blog aku neh .....

tak mo wt extreme adjustment, tp wt simple2 je la..... so harap2 blog aku ni sedap mata memandang laa.... papepon comment la kt post ni ok ...

bg pandangan skett! hehe ;P

I just love using Social Media



Many of us today are using social media as a platform to connect with everyone am i rite? even our parents also have one of these ... not to mention students, employers, businessmen, celebrities, and even our Prime minister have one!



WE all have facebook, twitter, myspace, blog and etc

For me , i use these social media  just to connect with my families , friends, new friends , my cousins ... when im bored i'll update a new status, i'll make a new entry for my blog, i'll make a video at my youtube acc, when im not near my friends i'll use skype for web-camming .... it is just fun using these platform ....  my lecturer once said,  this is a "screen-age" generation ....  that means when we wake-up in the morning we'll go check our phones, we log-in to our facebook before we do our assignments, we will tweet wherever we go , we will post something if we are angry with someone, we will ask stupid question at formspring  .... can u deny all that? haha ask urself!



So to all my readers and followers .... if u want to connect me with other social media ... these are the link to it .... if u have facebook just add me, if u have twitter come follow me . But for now im only active on using facebook and blogger .... so these are the link ..... come and check it out! :


www.facebook.com/therhmn
www.twitter.com/therhmn
www.formspring.com/therhmn
www.youtube.com/therhmn

Sunday, July 17, 2011

Succesfully installed Jolicloud OS!



good news for me, I've installed Jolicloud OS in my Toshie! hehe, post sebelum ni kan aku nak install Ubuntu and Mac os kan? .... tp tu la bile da mntak tlg abang aku, katenye windows aku ni kne wt backup dlu , if shit happens, mampuih la aku kalau windows da x de dlm lappy ni .....

so about this Jolicloud, well actually da lame dah aku gune os ni since 2009 lg ..... pretty awesome la, sbb ade mcm2 apps bole download .... wanna know more about this OS , you guys can check it out at jolicloud  .... nk download kt situ pon bole..... it is recomended for netbook user, just to make ur netbook surf faster! so here's the tour video for the OS  ... toodles!


Jolicloud Video Tour from Jolicloud on Vimeo.

Kalau laa my toshie ade triple boot!

what the fish is triple boot? haaa it means, dlm satu laptop or computer ade 3 operating system (os) ..

aku teringin sgt laa nak letak Ubuntu 11.04 and Mac Osx 10.6   dlm toshie aku . Untuk pengetahuan korg toshie tu name comel utk laptop aku. Name aslnye Toshiba la!
tu la laptop aku... Toshiba portege T210 yg beroperasi menggunakan Windows 7.. ni gambar dlm bilik aku, kononnye duk wt assignments kan :P

so by having 3 os in one mini laptop, its kinda awesome laa! mane ade student KLMU buat cmtu aku rase btol x? kalau aku berjaya letak, maybe im the only one student kt kolej tu la yg ade 3 os in 1 laptop ..

x de niat nak menunjuk pon, cume aku rase mmg awesome la if laptop aku ade 3os tu je! haha! .. ce korg tgk video bwh ni, laptop dell mini tu dlm laptop tu da instal 3 os owhhh!! ........ so korg saksikanlah yeee! :)



Triple boot Dell mini 10v from sv on Vimeo.

Friday, July 15, 2011

attention FACEBOOKERSS and FABIANZZ

aku telah dimaklumkan bahawa ada satu link yg bole buat akaun korang hilang begitu sahaja ... utk keterangan lanjut bace lah ni :

ATTENTION !!!!! PLEASE RE-POST FOR EVERYONE!!THIS NOTICE IS DIRECTED TO EVERYONE WHO HAS A PAGE ON FACEBOOK. IF ANYONE, INCLUDING A FRIEND, SENDS YOU A LINK WITH WORDS "VISIT THE NEW FACEBOOK" DO NOT OPEN! IF YOU OPEN IT YOU CAN SAY GOODBYE TO YOUR PAGE. IT'S A HACKER WHO STEALS YOUR DETAILS AND REMOVES YOU FROM YOUR OWN PAGE. COPY AND SPREAD THE WORD!! ITS BACK . . .


skg ni aku nak korg copy balek ayat atas tu then paste kat status korang, supaya membe2 korg pon x terkena skali ..... aku ade bukti bahwa mmbe aku sndiri da pena jd mangse .... sape ade fb aku tekan la sini ... dari situ korang bleh nampak mangsa telah mmberi komen after beliau sudah terkena ...  haa da tgk bukti? ape lg ? copy laa statement atas tuh!.... SPREAD THE WORD!!!

Refferal exam this saturday! urghhh

sabtu ni aku kne hadapi refferral exam sbjk Effective Speaking .... so esok hari jumaat my last day of "study" hahahah ... satu ape on x bace lg... spatutnye bende ni bagi kesedaran tapi aku ni still maen2 lagii haishhh.... asek study last minit je kang jd cm ni lak 
mmg tension plak aku kang... haha exam lak kul 8 pagi .. haa mmg elok laa tu kan ishh ... tapi pape pon aku kne struggle gak... sbb ni first time aku kne repeat exam sbb markah final x lepas.... huuu tlg doa utk saya yea kawan2... saya x mahu kegagalan,, saya mahu kejayaan walaupun last minit hehee... 

aku dapat pemetik guitar HUJAN punyee dowhhh haha

cite nye macam ni , seorang sahabat saya nama beliau Faraa.. baru2 ni die pergi Gig dkt I-city shah alam .... so band hujan pon ade pergi sane ... and aku x tahu la kan cmne die leh dpt pick gitar ni dr band tu... sbb 2 hari lepas ... time aku nga lepak dkt basement kolej, die suro aku dtg kt meja die...... so aku g laa kan.... then die na bg something kt aku ..... skali tgk2 pick guitar HUJAN punyee maaa haha awesome dowhhh! style gk pick tuhhh nak tgk ta? haa nahhh
tu diaa... after fara dah bagi pick ni ... sambil2 aku nga online tu, aku buka laa webcam aku and tros amek shot hehe..... anyway faraa thx ar kau bg aku pick ni, walaupun keras gile tp aku akan simpan la mcm kau ckp sblom ni " simpan sbg tanda friendship kita " .... orait i will keep it okay .... thx so much la weh, kawan sampai mati taw! :D
here she is  .... Faraa :)

Tuesday, July 12, 2011

adakah Polis benar2 menjalankan tugas mereka kpd rakyat?

skg ni aku bkn nak bncg hal politik la dgn korg, tp aku nak korang tgk video ni , dan timbulkan sebuah persoalan dlm diri korang ..... aku tak sokong mane2  pihak .... cume aku sebagai rakyat MALAYSIA  aku nak share video ni dgn korang ..... mari kita lihat "kebenaran" disebalik perhimpunan BERSIH 2.0


Monday, July 11, 2011

tibe2 keluar sifat " Patriotisme "

mgkin korg agak terkejut dgn post aku nihhh hehee...... aku nak tunjuk korg video BERSIH ni .....

aku respek springggg ah sape ygg wt video nih ..... so korg tgk la yee ... and enjoy :)


Morning Uolssss

Selamat pagi semua, jam telah menunjukkan bhwa rite now suda pukul 6.31 pagi ......  kpd stdnt KLMU mcm aku ni, sepatutnye la pkul 6 tu da kua dr rumah, da otw ke KTM Shah Alam ..... kalau kelas aku pkul 8 la kan ...

biasenye mmbe2 pon kate cm "perghh awl gile ko kne grak" , ade yg kate "mmg x ckop tdo la kan" , ade jugak yg ckp "haihhh kalau aku better duk hostel la, sbb area KL kan" ....

well aku since da daftar msok kolej ni lagi aku nak duk hostel , biar jauh sket ngn family, tapi parents aku cm x nk bagi aku duk hostel, sbb cost perblanjaan harian lagi kan, mgkn akn bertambah kalau aku duk hostel .. kalau aku duk umah x de la mahal mana perbelanjaan ....

cume yela, yg duk shah alam ni kene bangon awal pagi la...... tp walaupun aku cm x suke duk kt umah , ulang alek Shah Alam - KL ..... tapi ade jugak hikmah disebalik kisah ni hehee.... seperti?  alhamdulillah aku bole train diri utk bangun seawal 5pagi, sambil tu sempat juga menunaikan Solat Subuh ..... haaa itulah hikmah yg btol2 bermakna laa bg aku ..... sbb biase nye mmg susah gk la aku na bangun pagi2 ni kan.... bab kate orang mmg "liat" lah HAHA

so u guys, wether u duduk kt hostel or duduk kt umah ulang alek , make sure perkara wajib tu korg x tinggal ok?

akuu harap segala perancangan korang utk berjalan ni berjalan lancar okay .... :)

Jelesssss!!!!

haihhh sumpah aku jeles tgk blog korang sume lawo2 blako deyhh??? hahahah

aku x pandai sgt la mecantikkan blog ni, aku gune je la layout yg sedia ada.....  hehee

agak simple laa kan..... hmmm nak jgak cantik2 cun2 cam korg nyee... tp apakan dayaa ini saja daya yg aku mampu lakukan

harap korg suke la blog aku yeee pfffttt :P

Sunday, July 10, 2011

Haloo Halooo

da lame gakk aku x update blog ni kann.... heheee...

humm, pe cerr aku skg ea? .... msti ade yg tertanye2 kan ..... *ade ke? pffftttt :P

well , cite skg alhamdulillah, perjalanan hidup yg biasa saja..... and saye ade gf baru hohohhoho *nak jugak mention kan? ehhh skati aku laaa kan! ish :P

nama beliau adalah Nur Aliah Amirah, tp panggil name manje die mimie hehee .... we've known each other since after the May intake orientation 2011 ..... so knal punye knal, dalam diam masing2 ade perasaan dlm diam jugeee .... haaaa ... so pada tarikh 24th june kami mule declare sbg sebuah pasangan :)) <3

aku x boleh janjikan apa2, aku hanya mampu berdoa agar hubungan kami ni kekal lama .. insyallah jika dgn izin-Nya

so ..... yeah na cite ape lagi ea? hummm klu na knal beliau g laaa kt fb aku add die.... x kesa .... aku x anggap pon sape yg add die tu jenis nak stalk2 nye orang ..... so kalau nak berkenalan layari lah fb kami okay ......

So far skg aku da msok semester ke -5 di KLMU ..... result sem lepas? hummm ade 1 NC ... huhhhh so kne laa repeat that 1 paper .... harap2 lulus laaa kan... insyallah ...

So thats it from my post .... tggu laa post seterusnya *jika aku rajen laa nak update kan haha

this is my baby ..... say hello to Mimie uolsss :D

Toodles!

Tuesday, July 5, 2011

Apa yang jadi pada akaun facebook kita selepas kita mati?


mari kita renung-renungkan bersama
fikir-fikirkan bersama
jika satu hari nanti kita mati,
akaun facebook ini hanya kita yang tahu password
hanya kita yang boleh access..

dan
selepas kita mati..
apa yang jadi pada akaun fb kita?
mungkin ada yang akan ucapkan takziah
mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu
tetapi..
sedarkah kita
gambar-gambar kita..
akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?
gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna
macam mana nanti?
lelaki ajnabi terus-terusan tengok
dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita..
walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada..
saham dosa terus meningkat..
macam mana?
pernah terfikir tak?
tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?
legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita?
baju yang membalut aurat itu, bagaimana?
mungkin kini
kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik
tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya
tapi di akhirnya nanti..
semua itu tidak akan membawa erti
semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup
di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita
cuba kita renung-renungkan,
saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat
tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~
jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah
mati itu pasti
persiapkan diri untuk mati itu perlu
moga Allah redha dengan perkongsian ini
amin~
renung-renungkan da selamat beramal